Microsoft Dijangka Mengurangkan Kebergantungan Terhadap OpenAI Dengan Pasukan AI Mereka Sendiri

TechnologyDigital
13 Jun 2024 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang sedia maklum, kebanyakan teknologi AI yang digunakan didalam produk-produk Microsoft dikuasakan teknologi AI yang dibangunkan oleh OpenAI. Ini tidak mengejutkan kerana Microsoft dilihat sebagai salah satu pelabur terbesar dalam syarikat tersebut.

Walaupun begitu, ia diilhat bahawa Microsoft, seperti banyak konglomerat besar di dunia dilihat mahu memiliki teknologi mereka tersendiri, dan oleh kerana ini, telah bertindak secara agresif dalam membina pasukan AI mereka sendiri.

Lantikan terbesar, dan juga individu yang kini mengepalai pasukan AI di Microsoft ialah Mustafa Suleyman, pengasas syarikat-syarikat AI DeepMind dan juga Inflection AI. Sebahagian besar daripada pasukan Inflection AI kini berada di Microsoft bersama-sama beliau untuk membangunkan model AI untuk syarikat tersebut.

image is not available

Malah, ia tidak mengejutkan sekiranya Microsoft akan menukar teknologi OpenAI yang digunakan sekarang dengan model AI mereka sendiri di masa akan datang, seperti chatbot CoPilot dan sebagainya. Pelaburan yang dilakukan keatas syarikat-syarikat lain boleh juga dilihat sebagai pelaburan keatas syarikat tersebut sendiri, dimana mereka akan memanfaatkan apa sahaja yang boleh digunakann oleh mereka.

Pembangunan model AI mereka sendiri dijangka akan mengambil masa beberapa tahun, tetapi dengan pengetahuan mengenai teknologi tersebut yang ada sekarang, ia tidak mengejutkan sekiranya Microsoft akan menukar bahagian-bahagian CoPilot yang dikuasakan oleh OpenAI dan ChatGPT secara senyap, dan mengumumkan peralihan menyeluruh secara mengejut.