OpenAI Tidak Dibayar Apple Sebaliknya Akan Melakukan Perkongsian Pendapatan

TechnologyDigital
13 Jun 2024 • 9:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di WWDC, Apple mengumumkan integrasi OpenAI pada Siri apabila memerlukan maklumat yang lebih terperinci. Kemampuan ChatGPT untuk memaparkan maklumat yang lebih tepat selepas membayar lesen daripada News Corp, The Atlantic dan VOX akan memastikan isu yang menghantui AI Overview Google tidak akan berlaku.

image is not available

Ramai yang tertanya-tanya apakah bayaran yang diterima oleh OpenAI menerusi kerjasama dengan Apple? Hari ini muncul laporan di Bloomberg yang mengatakan OpenAI tidak dibayar langsung oleh Apple untuk mengakses API ChatGPT. Sebaliknya OpenAI akan menerima promosi percuma kepada jutaan pengguna Apple bagi menunjukkan kemampuan teknologi AI mereka.

Pengguna peranti Apple kemudiannya akan lebih berminat untuk melanggan kepada perkhidmatan seperti ChatGPT+. Perkongsian pendapatan akan dilakukan antara kedua-dua syarikat dengan Apple akan menerima sebahagian daripada langganan bulanan yang dikenakan.

Strategi yang mirip dilakukan antara Microsoft dan OpenAI dimana model AI terkini ditawarkan menerusi CoPilot. Perbezaannya ialah Microsoft menikmati semua ini hanya selepas melakukan pelaburan besar ke dalam OpenAI.