Microsoft dilapor lupus rekaan dwipaparan Surface Duo, rekaan baharu sedang digarap

Digital
11 Jan 2023 • 6:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Microsoft sudah dua kali cuba ingin menapak dalam dunai telefon boleh lipat melalui keluarga Surface Duo mereka. Iterasi pertama adalah dalam tahun 2019 manakala Surface Duo 2 dalam tahun 2021. Malangnya, penerimaan dalam pasaran dilihat sebagai suam-suam sahaja kerana ketika itu telefon dengan skrin boleh lipat sebenar telah mula bercambah seperti Samsung Galaxy Z Fold dan Huawei Mate X.

image is not available
Galaxy Z Fold adalah de-facto kepada kategori boleh lipat masa ini

Kalau Microsoft nak cuba untuk kali ketiga, mereka perlu bersiang dengan lebih ramai pendatang baharu seperti Oppo Find N dan Vivo X Fold yang masing-masing dilihat menawarkan produk yang lebih digilap, bersama-sama dengan interiasi-interasi baharu Samsung.

image is not available
Surface Duo

Mungkin sebab itu Microsoft dilaporkan telah meninggalkan rekaan telefon boleh lipat tanpa skrin fleksibel sebaliknya sedang membangunkan produk yang lebih mirip kepada telefon boleh lipat sedia ada dalam pasaran masa ini.

Disebabkan perubahan radikal ini, janganlah anda jangkakan kehadiran Surface Duo 3 dalam masa terdekat. Berkemungkinan juga tiada lagi nama Surface Duo digunakan disebabkan perubahan fizikaliti yang terlalu ketara. Semuanya kini kembali ke alam spekulasi.