Microsoft Dilapor Sedang Aktif Mencari Syarikat AI Untuk Dibeli Atau Labur

TechnologyBusiness & Finance
14 May 2026 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Dilapor Sedang Aktif Mencari Syarikat AI Untuk Dibeli Atau Labur

Microsoft kini dilaporkan sedang secara aktif mencari syarikat-syarikat kecerdasan buatan janaan untuk dibeli atau dilabur oleh mereka, sekaligus memperkukuhkan lagi portfolio penawaran berasaskan kecerdasan buatan dibawah mereka. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha Microsoft untuk tidak meletakkan semua pelaburan dan fokus mereka terhadap OpenAI semata-mata.

Image from: Microsoft Dilapor Sedang Aktif Mencari Syarikat AI Untuk Dibeli Atau Labur

Sebelum ini, Microsoft pernah pertimbang untuk mengambil-alih Cursor, tetapi langkah berkenaan dilihat lewat, dan Cursor mengumumkan kerjasama dengan SpaceX dengan potensi ia mungkin diambil-alih.

Pelbagai syarikat dilihat telah mula aktif menerajui arena kecerdasan buatan, termasuk Google, Meta, Amazon, SpaceX dan sebagainya. Microsoft semestinya tidak ingin ketinggalan dalam arena ini. Gergasi perkomputeran ini pada awalnya dilihat mula mencuri perhatian ramai melalui CoPilot yang dikuasakan model OpenAI, namun, dari hari ke hari seperti semakin ketinggalan dan dilupakan.

Kini, selepas kontrak eksklusif antara kedua-dua pihak berakhir, Microsoft dilihat bebas untuk membangunkan model mereka tersendiri, dan tidak lagi terikat dengan OpenAI sepenuhnya. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah Microsoft dan bagaimana mereka ingin mengukuhkan penawaran dalam arena kecerdasan buatan ini.