Microsoft mengumumkan MDASH (Multi-moDel Agentic Scanning Harness), sbeuah sistem ejen kecerdasan buatan (AI) yang berkemampuan mengesan kerentanan sekuriti seakan Claude Mythos. MDASH Menggunakan lebih 100 ejen AI yang bekerjasama menggunakan pelbagai model.

MDSAH telahpun menemukan 16 kerentanan pada Windows yang dibaiki menerusi kemas kini Patch Tuesay minggu ini. Ia turut menemukan kesemua 21 kerentanan yang sengaja diletakkan dalam perisian dalam ujian yang dilakukan. Dalam ujian penanda aras sekuriti CyberGym pula ia mencatatkan markah 88.45% yang adalah tertinggi dan mengatasi Claude Mythos.
AI yang boleh mengesan kerentanan sekuriti ialah trend semasa dengan OpenAI turut telah mengumumkan sistem mereka iaitu Daybreak minggu ini.
MDASH kini digunakan pasukan kejuruteraan Micorosft untuk meningkatkan sistem sekuriti secara bermakna menggunakan model AI sedia ada. Ia juga sedang diuji oleh beberapa pelanggan sebagai sebahagian daripada ujian terhad.




