NVIDIA Menamatkan Sokongan Kemaskini Perisian Pemandu Game Ready Untuk Windows 10 Pada Oktober Ini

TechnologyDigital
27 Aug 2026 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA Menamatkan Sokongan Kemaskini Perisian Pemandu Game Ready Untuk Windows 10 Pada Oktober Ini

Sistem operasi Microsoft Windows 10 secara teknikalnya sepatutnya telah ditamatkan sokongannya pada penghujung tahun lepas, tetapi oleh kerana masih ramai pemilik komputer yang masih menggunakannya, sokongan kemaskini sekuriti untuknya telah dilanjutkan sehingga 14 Oktober 2026.

Selain daripada Microsoft, syarikat-syarikat seperti NVIDIA juga telah menyambung kemaskini perisian pemandu Game Ready khususnya untuk mereka yang menggunakan komponen NVIDIA yang masih lagi disokong secara aktif seperti siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 30 dan keatas.

Image from: NVIDIA Menamatkan Sokongan Kemaskini Perisian Pemandu Game Ready Untuk Windows 10 Pada Oktober Ini

NVIDIA menyatakan bahawa kemaskini Game Ready dan Studio yang terakhir untuk sistem operasi tersebut akan hadir pada bulan Oktober kelak, sama dengan sekitar tarikh kemaskini sekuriti Windows 10 yang terakhir yang akan diperkenalkan oleh Microsoft.

Walaupun begitu, NVIDIA turut mengatakan bahawa sekiranya terdapat sebarang kemaskini sekuriti dan kritikal yang perlu diperkenalkan untuk sistem operasi tersebut, ia akan hadir untuk pengguna sistem operasi tersebut sehingga Oktober 2029 kelak.

Jadi secara ringkasnya, walaupun kemaskini Game Ready untuk permainan-permainan moden yang dilancarkan selepas Oktober 2026 tidak diperlihatkan, mereka yang masih menggunakan sistem operasi tersebut selepas bulan Oktober 2026 masih akan menerima kemaskini sekuriti dan akan boleh memainkan permainan-permainan komputer walaupun bukan pada tahap optimum.

Sumber: NVIDIA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved