Microsoft Edge adalah pelayar web ketiga paling popular dunia menurut statcounter. Pelayar web ini mula menjadi popular apabila mula menggunakan Chromium sebagai enjin utama dan sedia terbina pada kebanyakan komputer Windows.
Baru-baru ini Neowin menemui ciri baharu pada Edge yang membenarkan pengguna mengeksport sejarah pelayaran web ke fail CSV. Ciri ini ditemui pada Microsoft Edge Canary versi 117.0.2026.0 dan merupakan ujian secara A/B kerana tidak boleh diakses oleh semua orang.

Ciri ini membolehkan pengguna menggunakan fail CSV tadi untuk mengimport ke pelayar web lain atau ke Edge versi lain tanpa bergantung kepada akaun Microsoft. Buat masa ini ciri ini masih tidak pasti bila ia akan diedarkan kepada orang ramai. Tetapi versi baharu Edge yang stabil dijangka akan tiba pada September nanti.
- Sumber
- Neowin
