Microsoft Kembali Menawarkan Permainan Eksklusif Di Xbox

TechnologyGaming
8 Jun 2026 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Kembali Menawarkan Permainan Eksklusif Di Xbox

Apabila Forza, Sea of Thieves, Gears of War dan Halo ditawarkan di PlayStation sejak dua tahu kebelakangan ini, ramai melihatnya sebagai Microsoft mengibarkan bendera putih kepada Sony. Perang konsol generasi semasa secara rasminya dimenangi oleh Sony. Peminat Xbox berang kerana melihat kesetiaan menyokong konsol ini tidak bermakna.

Image from: Microsoft Kembali Menawarkan Permainan Eksklusif Di Xbox

Tetapi di XBOX Games Showcase 2026 yang berlangsung awal pagi ini, Microsoft mengumumkan mereka akan kembali menawarkan permainan konsol secara eksklusif di Xbox. Dua permainan yang kembali eksklusif ialah Gears of War: E-Day dan Clockwork Revolution. Permainan yang sebelum diumumkan untuk konsol lain seperti Halo: Campaign Evolved akan diteruskan seperti dijanjikan.

Keputusan ini diambil oleh Xbox bagi mengembalikan semula jenama konsol yang sedikit tenggelam sejak kebelakangan ini. Ia juga turut tidak mengejutkan kerana Sony juga mengumumkan permainan solo Sony Studios turut tidak lagi ditawarkan ke PC dan konsol lain. Kesemua ini dilihat sebagai untuk tidak memberikan permainan kepada Steam Machine yang akan dijual musim panas ini.

Perang konsol yang disangka tamat nampaknya hanya sekadar genjatan senjata. Dengan tiada konsol baharu akan dilancarkan disebabkan krisis RAM, fasa kedua perang konsol kini bermula. Siapa pula akan menjadi pemenang?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved