Xbox Edisi Khas 25 Tahun Diumumkan Dengan Rekaan Lutsinar

TechnologyGaming
8 Jun 2026 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pagi tadi Microsoft mengumumkan konsol XBOX Series X25 Limited Edition yang dilancarkan khas sempena ulang tahun Xbox yang ke-25. Ia adalah sebuah Xbox Series X dengan tubuh serta alat kawalan yang diperbuat daripada bahan lutsinar berwarna hijau. Komponen dalaman konsol serta alat kawalan dapat dilihat dari luar.

Image from: Xbox Edisi Khas 25 Tahun Diumumkan Dengan Rekaan Lutsinar

Konsol juga mempunyai lampu hijau pada logo Xbox semasa diaktifkan serta hadir dengan storan 1 TB. Pada XBOX Wireless Controller X25 Special Edition pula, butang Xbox turut menyala dalam warna hijau, butang ABXY dalam warna asal dan butang bahu hitam/putih seperti alat kawalan Xbox pertama.

Image from: Xbox Edisi Khas 25 Tahun Diumumkan Dengan Rekaan Lutsinar

XBOX Series X25 Limited Edition akan mula dijual pada bulan November ini tetapi harga jualan belum lagi diumumkan oleh Microsoft.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved