Microsoft Kembali Menjadi Syarikat Dengan Nilai Pasaran $4 Trilion

TechnologyBusiness & Finance
29 Oct 2025 • 4:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain Apple, Microsoft juga berjaya mengembalikan status sebagai syarikat dengan nilai pasaran $4 trilion pagi tadi. Peningkatan saham sebanyak 1.98% meletakkan nilai pasaran Microsoft di tahap $4.029 trilion (~RM 16.88 trilion) semasa artikel ini ditulis. Microsoft adalah syarikat kedua selepas NVIDIA mencapai nilai $4 trilion pada Julai tahun ini.

image is not available

Walau bagaimanapun ia hanya kekal untuk seketika. Kali ini nilai saham masih lagi menunjukkan trend peningkatan. Saham-saham syarikat teknologi dunia meningkat pagi ini kerana ramalan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan terus berkembang dengan pelbagai pelaburan diumumkan. Sementara itu Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengesahkan pemotongan kadar faedah akan dilakukan.