OpenAI kini mengatakan penstrukturan syarikat mereka yang baharu telah selesai, sekaligus turut telah mencapai kata putus bersama pemegang saham utama mereka, Microsoft. Melalui kemaskini terbaru, Microsoft kini mempunyai pegangan sebanyak 27% pada OpenAI, yang mana dianggarkan bernilai sekitar $135 bilion.

Microsoft sebelum ini antara yang terawal melabur pada syarikat tersebut, iaitu pada Januari 2023 yang lepas, mereka telah mengumumkan pelaburan sekitar $10 bilion. Pelaburan ini juga turut telah memberikan Microsoft akses awal kepada model OpenAI, dan membolehkan mereka mengintegrasikannya kepada produk-produk mereka dibawah jenama CoPilot.
Melalui perjanjian baharu ini juga, Microsoft akan mempunyai akses kepada model OpenAI sehingga 2032 kelak. Disamping itu, dibawah perjanjian ini juga Microsoft tidak mempunyai hak IP terhadap peranti atau perkakasan yang dikeluarkan OpenAI.
Selain itu, MIcrosoft juga diberikan kebebasan dalam membangunkan model AGI mereka secara kendiri atau bersama pihak ketiga yang lain.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan langkah seterusnya untuk Microsoft dalam arena kecerdasan buatan ini.


![Tuan Rumah Terkejut Lihat Rumah Sewa Dihias Cantik Kini Jadi Tempat Timbunan Barang & Sampah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)


