Microsoft Launcher di Android kini dilengkapi Copilot

TechnologyDigital
29 May 2024 • 7:50 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Microsoft nampaknya inginkan AI mereka di mana-mana. Terbaru, mereka memasukkan fungsi Copilot ke dalam aplikasi launcher mereka. Lebih khusus, anda akan temukan ikon Bing Chat (Copilot) di bar carian perumah Microsoft Launcher. Apabila ditekan, ia akan bawa anda ke halaman perumah Copilot untuk anda mula berinteraksi dengan chatbot Microsoft.

image is not available

Selain menggunakan Microsoft Launcher, ada banyak lagi cara untuk anda akses Copilot dan dapatkan hasil serupa. Copilot ada aplikasi khas yang berikan pengalaman guna yang sama, malahan anda boleh gunakan mana-mana pelayan web untuk pergi ke laman Copilot untuk tujuan yang sama.

image is not available
Copilot di aplikasi, pelayan web, dan Microsoft Launcher

Microsoft Copilot adalah penjenamaan semula daripada Bing Chat dan ia adalah pembantu maya berasaskan AI yang dibangun untuk menggantikan Cortana. Copilot dilancarkan dalam bulan Februari 2023 dan dilihat bersaing dengan chatbot-chatbot lain seperti Open AI ChatGPT dan Google Gemini.

Seperti servis-servis pesaingnya, Copilot juga ditawarkan secara percuma dan ada juga versi berbayar yang membolehkan pengguna peroleh ciri lebih premium malah lebih berkuasa.

Microsoft Copilot Pro boleh dilanggan pada harga RM98/bulan. Sebagai perbandingan, ChatGPT Plus yang turut memanfaatkan model GPT-4 sama seperti Copilot ditawarkan pada harga RM94/bulan. Namun, kekurangan ChatGPT ialah tiada integrasi bersama-sama ekosistem perisian Microsoft yang lebih luas.

image is not available
Harga Copilot Pro di Malaysia

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.