Microsoft Memperkenalkan Copilot Melalui WhatsApp 

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 2:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft hari ini memperkenalkan sokongan Microsoft Copilot, terus melalui aplikasi permesejan yang digunakan ramai, WhatsApp. Dengan langkah ini, semua pengguna boleh menambah Copilot sebagai rakan di WhatsApp, dan seterusnya bertanyakan pelbagai perkara dengan mudah terus melalui WhatsApp.

image is not available

Microsoft Copilot turut menyokong bahasa Malaysia, selain membolehkan anda berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Setiap pertanyaan dijawab dengan pantas, dan turut menyertakan pautan ke sumber untuk beberapa pertanyaan.

Selain itu pengguna turut boleh meminta ia menjana cerita pendek dan sebagainya terus melalui aplikasi WhatsApp. Bagi anda yang berminat boleh menghantarkan mesej kepada Microsoft Copilot hari ini melalui WhatsApp, dan mulakan integrasi dengan sokongan kecerdasan buatan janaan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved