Microsoft Memperkenalkan CoPilot Pages – Memudahkan Respon AI Disusun, Dan Disunting Bersama Ahli Kumpulan

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 9:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu pada chatbot Copilot mereka, dinamakan sebagai CoPilot Pages. Melaluinya, sebuah butang khas dipaparkan pada bahagian bawah respon sesuatu pertanyaan di CoPilot, dimana ia akan membuka CoPilot Pages untuk penyuntingan bersama yang lain.

image is not available

Dengan langkah ini, sesuatu tugasan boleh dilaksanakan bersama-sama ahli kumpulan yang lain, dan menggunakan pelbagai respon yang dijana melalui CoPilot. Sebaik sahaja sesuatu CoPilot Pages dihasilkan, pengguna seterusnya boleh berkongsi ia melalui sebuah pautan khusus, sekaligus memudahkan pengguna lain menyertai dalam menyunting dan menambah informasi.

Microsoft mula memperkenalkan CoPilot Pages ini kepada para pelanggan Microsoft 365 CoPilot bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved