HMD Memperkenalkan Telefon Katup-Retro Bertemakan Barbie – Bebas Aplikasi Media-Sosial

TechnologyDigital
28 Aug 2024 • 8:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HMD sedia mengacah pengenalan telefon Barbie mereka beberapa kali sebelum ini, dan hari ini secara rasminya HMD memperkenalkan telefon katup retro berkenaan kepada umum. Bertemakan Barbie, ia membawa penggunaan warna merah jambu bersama-sama dengannya, selain penggunaan butang fizikal – seperti telefon era 2000-an.

HMD bekerjasama dengan Mattel untuk memperkenalkan telefon katup-retro ini. Ia diposisikan sebagai sebuah telefon yang terbaik untuk anda yang ingin “bebas” daripada penggunaan telefon pintar.

image is not available

Hal ini kerana telefon Barbie oleh HMD ini tidak menyertakan sokongan untuk sebarang aplikasi media sosial, mahupun sejumlah aplikasi popular lain. Ia menyertakan ciri asas seperti kebolehan membuat panggilan telefon, menghantar SMS, dan kamera 5-megapixel untuk merakamkan gambar. Telefon ini menggunakan pengecas berasaskan USB-C.

Bertemakan Barbie, ia turut menyertakan sejumlah rekaan yang diinsipirasikan, termasuk pada papan kekunci, gambar latar, audio memulakan peranti, ikon aplikasi, dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan penawaran telefon Barbie ini untuk pasaran Malaysia. Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia dijual di Malaysia?