Microsoft Memperkenalkan Rekaan Ikon Baharu Untuk Aplikasi-Aplikasi Microsoft Office

TechnologyDigital
3 Oct 2025 • 4:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft hari ini secara rasminya memperkenalkan rekaan ikon-ikon yang diberikan nafas baharu, selari rekaan moden Microsoft untuk aplikasi Microsoft Office. Dibawah perubahan ini, sebanyak 10 ikon aplikasi Office diberikan nafas baharu.

image is not available
Garis Masa Perubahan Ikon Microsoft Office

Rekaan baharu ini juga mengikut konsep Fluent Design oleh Microsoft sebelum ini, dan dilihat selari dengan rekaan yang digunakan untuk Microsoft Copilot. Ini sekaligus memperlihatkan integrasi antara semuanya lebih selari dan tidak jauh berbeza berbanding yang lain.

image is not available
Koleksi ikon baharu Microsoft Office

image is not available
Perubahan pada ikon Microsoft Word

Kemaskini ikon baharu ini akan diperkenalkan kepada pengguna Microsoft 365 secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang. Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekaan baharu ikon Microsoft ini.