Instagram Menguji Halaman Utama Dengan Fokus Reels Di India

TechnologyDigital
30 Sep 2025 • 12:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini berkongsi mereka menguji sebuah eksperimen baharu di India, iaitu antaramuka Instagram yang mengutamakan paparan Reels. Dengan perubahan ini, apabila pengguna membuka aplikasi Instagram, mereka akan diperlihatkan dengan kandungan Reels terlebih dahulu pada halaman utama.

image is not available

Ini sekaligus menjadikan pengalaman penggunaan Instagram menyerupai apa yang ditawarkan oleh TikTok – iaitu memfokuskan perkongsian video secara rawak, dan bukannya daripada rakan-rakan terdekat. Meta sebelum ini telah mengatakan Instagram kini mencapai 3 bilion pengguna aktif setiap bulan, dan ia kini dikongsikan pengguna berkongsi Reels lebih 4.5 bilion kali pada setiap hari rentas platform Meta.

Pengguna masih boleh melihat perkongsian Stories pada bahagian atas halaman, supaya tidak tertinggal sebarang perkongsian rakan-rakan. Disamping itu, menu khusus turut disertakan untuk memudahkan pengguna melihat pelbagai perkongsian seperti biasa, dan pada masa yang sama, menu akses ke peti permesejan turut diberikan perhatian utama.

image is not available

Buat masa ini, eksperimen ini melibatkan pasaran India terlebih dahulu, dan tidak mustahil kita melihat ia turut diperluaskan ke pasaran lain secara berperingkat pada masa akan datang.