Dua tahun lalu, penjenamaan Copilot+ PC diperkenalkan dengan ia menggantikan penjenamaan AI PC sebelumnya. Pada ketika itu, Copilot+ PC ialah penjenamaan yang digunakan pada komputer Windows 11 yang memenuhi keperluan minima kuasa memproses 45 TOPS untuk menjalankan pelbagai ciri Copilot. Tetapi penjenamaan ini telah disahkan ditamatkan oleh Microsoft menerusi laporan Windows Central.

Timbalan presiden korporat Surface, Brett Ostrum mengesahkan jenama Copilot+ PC tidak lagi diteruskan. Selepa itu sebarang komputer Windows 11 yang dipasarkan hanya akan dilabel sebagai melepasi piawaian untuk menjalankan Copilot. Malahan jika dilihat pada pelancaran Surface baharu minggu ini dan kesemua PC baharu tahun ini, Copilot+ PC lagi disebut.
Besar kemungkinan kerana kesemua cip yang digunakan pada PC moden kini mempunyai NPU dengan kuasa yang mencukupi. Makan tidak meneruskan penjenamaan ini akan kurang mengelirukan konsumer.

