Microsoft Menambah Kekunci “Copilot” Pada Papan Kekunci Komputer Windows

TechnologyDigital
4 Jan 2024 • 4:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft sedia menawarkan kekunci Windows pada papan kekunci, yang membolehkan akses pantas ke menu Start. Namun, bergerak kehadapan, dengan fokus Microsoft terhadap kecerdasan buatan, Microsoft kini mengumumkan sebuah kekunci baharu, iaitu kekunci “Copilot”.

image is not available

Melaluinya, apabila anda tekan kekunci “Copilot”, ia akan memberikan akses pantas kepada sokongan Copilot pada komputer Windows 11. Ia sekaligus akan memudahkan pengguna menggunakan kecerdasan buatan berbentuk generatif dalam bertanyakan soalan, mendapatkan info, menjana gambar, dan sebagainya. Mengikut gambaran awal, kekunci Copilot ini akan diposisikan bersebelahan dengan kekunci Alt pada bahagian kanan papan kekunci.

Microsoft menyatakan penambahan kekunci ini membawa perubahan pada rekaan papan kekunci komputer sejak tiga dekad yang lepas. Kekunci Windows dijangka akan dikekalkan pada komputer, dan kekunci Copilot akan ditambah.

Microsoft menyatakan pelbagai produk baharu pada CES 2024 akan mengintegrasikan kekunci Copilot ini, dan pelbagai pengeluar komputer Windows 11 bermula Februari kelak akan mengintegrasikan kekunci Copilot pada penawaran papan kekunci mereka.