Microsoft Mengetatkan Kawalan Hak Asasi Manusia Bagi Elakkan Insiden Intipan Israel Berulang

WorldTechnology
8 Jun 2026 • 3:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita besar tahun lalu melibatkan teknologi awanan Microsoft Azure disalahgunakan oleh pihak keselamatan Israel – Unit 8200 – untuk mengintip perbualan telefon warga Palestin sejak 2022 dengan data yang dikumpul kemudiannya digunakan untuk membantu melakukan serangan udara serta telah merancang operasi ketenteraan di Gaza dan Tebing Barat.

Image from: Microsoft Mengetatkan Kawalan Hak Asasi Manusia Bagi Elakkan Insiden Intipan Israel Berulang

Selepas penyalahgunaan ini dilaporkan, kontrak Azure Israel telah dibatalkan dan Pengarah Besar Microsoft Israel dipecat. Minggu lalu Microsoft mengumumkan langkah baharu untuk memperkukuh kawalan hak asasi manusia dalam kerjasama dengan agensi keselamatan negara berikutan siasatan mengenai penggunaan teknologinya oleh tentera Israel.

Microsoft menyatakan mereka akan melaksanakan beberapa pembaharuan seperti mengetatkan proses pemeriksaan untuk projek berkaitan keselamatan negara. Turut dilakukan ialah semakan cara pengurusan pekerja dengan “tahap keselamatan” negara tertentu. Selain itu pemeriksaan berkala terhadap pematuhan polisi penggunaan akan dilakukan serta pengukuhan proses penilaian wajar hak asasi manusia di kawasan konflik.