Microsoft Mula Menguji Ciri Penjanaan Imej Berasaskan DALL-E Pada Microsoft Paint

TechnologyDigital
28 Sep 2023 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft telah mula menambah beberapa ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan pada aplikasi Paint melalui kemaskini Windows 11 sebelum ini. Kini, terus menambah-baik aplikasi berkenaan, Microsoft menguji sebuah ciri baharu dinamakan Paint Cocreator pada aplikasi Paint.

Sokongan ini dikuasakan oleh teknologi DALL-E yang dibangunkan oleh OpenAI. Dengan integrasi ini, pengguna boleh melakukan input berasaskan teks untuk menjana sesuatu gambar atau imej, dan seterusnya meneruskan penyuntingan tambahan terus pada aplikasi Paint.

image is not available

Microsoft mengatakan ciri ini diuji dikalangan pengguna Windows Insider dibeberapa buah negara sahaja, dan pengguna akan diberikan 50 kredit untuk menjana gambar apabila dimulakan. Ia tidak diketahui lagi bilakah Paint Cocreator ini akan diperkenalkan secara rasmi kepada semua pengguna seluruh dunia.