Microsoft Office 2024 Kini Dilancarkan Pada Harga RM609

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft pada hari ini telah memperkenalkan kemaskini terbaru untuk sistem operasi Windows 11, dan bersama-sama dengannya juga, gergasi perkomputeran berkenaan turut telah melancarkan Office 2024 kepada umum.

image is not available

Office 2024 merupakan penawaran perisian produktiviti Microsoft kepada pengguna awam, dimana ia hanya dibeli sekali sahaja, dan bukannya berbentuk langganan seperti Microsoft 365. Perisian ini juga hanya menyertakan Word, Excel dan PowerPoint sahaja, serta tidak menawarkan perisian lain kepada pengguna, dan tiada akses storan awanan.

image is not available

Microsoft Ofice 2024 ini menyokong Windows 10 dan Windows 11, selain macOS Sequoia, Sonoma dan Ventura. Di Malaysia, untuk Office 2024 Home, ia ditawarkan pada harga RM609 bagi setiap lesen. Pengguna yang mendapatkannya akan menerima kemaskini sekuriti dan perisian selama lima tahun.