Microsoft kini telah memperkenalkan sebuah ciri baharu pada Bing, dinamakan Copilot Search. Seperti pada namanya, ia menawarkan sokongan carian berasaskan web, yang turut dikuasakan oleh model kecerdasan buatan.

Melalui sokongan ini, pengguna akan diperlihatkan dengan pautan web yang menepati carian mereka, disamping ada kalanya enjin carian juga akan menghimpunkan dan memaparkan maklumat terus kepada anda berdasarkan kepada pertanyaan.
Sekiranya Copilot Search memaparkan informasi dalam bentuk teks, pengguna boleh turut melihat kepada pautan berkaitan untuk memahami lanjut berkenaan dengannya. Copilot Search turut dipaparkan dalam bentuk perbualan, membolehkan anda bertanyakan soalan susulan dan lanjut berkenaan dengannya.
Berbeza dengan carian web terus pada Bing, hasil carian yang dipaparkan adalah lebih terhad, membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang dicari terus tanpa perlu menatal hasil carian untuk melihat keputusan yang sesuai.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Copilot Search ini hari ini.
