Microsoft Pernah Pertimbang Untuk Membeli Zynga

TechnologyDigital
25 Jun 2023 • 8:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft buat masa ini sedang dalam proses pengambil-alihan Activision-Blizzard, dimana terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan perkara berkenaan. Dalam melalui proses berkenaan juga, kini Microsoft turut menyentuh beberapa perkara melibatkan mereka dalam arena permainan video.

Salah satunya, Microsoft menyatakan mereka pernah berbincang dengan pihak Zynga untuk potensi pengambil-alihannya. Namun, perkara berkenaan tidak direalisasikan.

Zynga sedia popular dengan sejumlah permainan sejak era Friendster, termasuk penawaran permainan seperti Mafia Wars dan juga Farmville. Disamping itu, Zynga turut terkenal dalam arena permua.

Microsoft ketika itu ingin mendapatkan syarikat yang besar dalam arena permainan mudah-alih (permua), dan ingin mencari sesuatu yang lebih besar dari Zynga.

Zynga kemudiannya diambil-alih oleh Take Two Interactive, syarikat sebalik permainan popular Grand Theft Auto.