Microsoft kini dilaporkan mempertimbangkan untuk mengasingkan bahagian permainan video dibawah Xbox mereka sebagai sebuah anak syarikat atau subsidiari yang berasingan.

Dalam membentuk anak syarikat berasingan tersebut, beberapa kaedah dilihat boleh dilaksanakan, termasuk untuk bekerjasama dengan syarikat lain untuk menubuhkannya, memberikan kebebasan kendiri untuk beroperasi – sekaligus membawa kepada kemudahan untuk anak syarikat tersebut dijual pada masa akan datang kepada pihak lain.
Xbox sejak kebelakangan ini dilihat menghadapi cabaran dalam terus berkembang berbanding pesaing yang lain seperti Sony atau Nintendo. Jualan konsol Xbox juga tidak begitu meningkat, selain cabaran pada permainan berasaskan awanan yang masih dilihat gagal dicapai Xbox.
Buat masa ini, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini. Laporan baharu ini hadir selepas beberapa hari sebelum ini CEO Xbox ingin melakukan tetapan semula pada bahagian permainan video berkenaan.



