Microsoft Pintas Apple Untuk Seketika Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia

TechnologyDigital
12 Jan 2024 • 1:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, Microsoft berjaya untuk seketika merampas taktha syarikat paling bernilai dunia daripada Apple. Pada ketika ini, kedua-dua syarikat dinilaikan melangkaui $2.8 trilion pada nilai harga saham semasa.

Untuk makluman, sebelum ini, nilai syarikat Apple turut pernah meningkat melangkaui $3 trilion untuk seketika sebelum mereda kembali pada nilai melangkaui $2 trilion. Apple sedia menerajui pasaran telefon pintar berharga tinggi, selain turut mempunyai angka pengguna MacBook, iPad, dan Apple Watch yang tinggi melalui pembentukkan ekosistem mereka.

Sementara untuk Microsoft pula, mereka sedia mempunyai penawaran Windows, dan kini turut melakukan pelaburan besar dan menerajui dalam arena kecerdasan buatan. Malah, memulakan tahun 2024 ini, Microsoft turut telah mengumumkan kekunci Copilot yang akan hadir pada pelbagai komputer baharu bermula tahun 2024 ini.

Sebelum ini, nilai syarikat Microsoft turut pernah melangkaui nilai Apple pada 2021 yang lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved