Honor Magic V2 RSR Diumumkan Dengan Rekaan Porsche Design

TechnologyDigitalCars
11 Jan 2024 • 9:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Magic V2 RSR dilancarkan di China hari ini menerusi kerjasama dengan Porsche Design. Peranti lipat paling nipis di dunia ini diberikan rekaan baharu pada tubuh dan bonggol kamera yang mengambil inspirasi daripada kereta Porsche 911. Panel belakang kini diperbuat daripada gentian karbon.

image is not available

Peranti dilengkapi skrin luar 6.43″ OLED 120Hz LTPO dan skrin dalaman 7.92″ OLED 120Hz LTPO. Tidak seperti Magic V2 biasa, skrin luar adalah 10 kali ganda lebih lasak menggunakan teknologi kaca baharu. Magic V2 RSR mengekalkan sokongan stylus pada skrin luar dandalam. Ia dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM LPDDR5X, storan 1TB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan bertawar 66W.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP OIS, lensa ultra sudut lebar 50MP dan lensa telefoto 20MP juga dengan OIS. Sementara itu kamera swafoto di luar dan dalam masing-masing menggunakan sensor 16MP. Dengan sistem in kamera mampu memberikan sistem zum digital sehingga 40X.

image is not available

Sistem speaker stereo diberikan dengan ia menyokong DTS: X Ultra. Sebuah pengimbas cap jari juga disertakan pada sisi peranti. Tidak ketinggalan ialah pemancar infra merah untuk menjadikannya alat kawalan jauh. Harga jualan Honor Magic V2 RSR di China ialah RMB 15,999 (~RM10,455) sebuah

image is not available