MidJourney Kini Membolehkan Anda Memuat-Naik Gambar, Dan Dapatkan “Prompt” Untuknya

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 1:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MidJourney merupakan salah satu perkhidmatan penjana gambar yang popular dan digunakan ramai secara meluas. Terbaru, kini pihak MidJourney turut menambah sebuah ciri baharu, yang membolehkan pengguna mendapatkan penerangan atau “prompt” untuk sesuatu gambar.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menggunakan kata kunci /describe, dan seterusnya memuat-naik gambar kepadanya.

Sebaik sahaja selesai memuat-naik, MidJourney akan menjana sekitar 4 teks penerangan yang berkaitan dengan gambar tersebut.

image is not available

Pengguna seterusnya boleh menggunakan penerangan atau prompt yang dijana, mengubah-suainya, dan menjana gambar baharu melalui MidJourney berasaskan kepadanya.