Nearby Share Android kini di Windows, ini cara untuk gunakannya

Digital
3 Apr 2023 • 10:39 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Perkongsian fail merentasi peranti adalah sesuatu yang sangat berguna. Misalnya, pengguna Apple telah lama menikmati AirDrop yang membolehkan mereka berkongsi fail merentasi iPhone, iPad, dan Mac. Kini Windows dan Android juga ada fungsi yang sama kerana Nearby Share kini boleh anda cuba dan ia berada dalam fasa beta.

Cara untuk guna Nearby Share antara Android dan Windows

Langkah pertama adalah anda perlu memasang aplikasi Nearby Share Beta for Windows. Fail pemasangannya boleh anda dapatkan dalam pautan ini.

image is not available

Sesudah memasangnya, anda boleh lancarkan aplikasi Nearby Share Beta from Google dan berikut adalah antara mukanya yang ringkas. Anda boleh lakukan perkongsian dengan cara menekan butang Kongsi dan cari pilihan Nearby Share seperti biasa.

image is not available

Pastikan aplikasi Nearby Share di Windows ditetapkan kepada "Receive from Everyone" supaya pihak penghantar boleh melihat peranti penerima.

image is not available

Anda juga boleh menghantar fail daripada Windows kepada Android. Didapati yang kelajuannya agak baik, melebihi 20MB/s. Kelebihan menggunakan Nearby Share adalah ia tidak memerlukan sambungan Internet dan ia menjimatkan kuota Internet anda.

image is not available