MidJourney merupakan salah satu platform yang mungkin tidak asing bagi ramai pengguna, dimana ia membolehkan pengguna menjana imej berasaskan kecerdasan buatan melalui input teks. Terbaru, mereka sedia menguji MIdJourney versi 6 yang hadir dengan sejumlah penambah-baikkan, dan kebolehan penjanaan imej berasaskan kecerdasan buatan antara yang terbaik.

Disamping penawaran platform penjanaan imej, kini ia dilihat pihak MidJourney turut sedang dalam projek membangunkan perkakasan tersendiri. Ia dikenali dengan nama “Orb” buat masa ini, dengan kini memfokuskan kepada pengumpulan data bagi 3D.
Peranti berkenaan dijangka akan membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan serta menguruskan ruangan 3D secara maya.
Untuk tahun ini, MidJourney dijangka akan memfokuskan kepada pelbagai projek perkakasan berbeza-beza, dengan kemungkinan melancarkan produk pertama seawal tahun 2025 kelak.
Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengan projek ini tidak diketahui lagi. MidJourney sedia diasaskan oleh pengasas Leap Motion yang sebelum ini membangunkan teknologi pengecaman gerakan tangan dan jari untuk input secara maya.
Midjourney is building hardware 
In office hours yesterday they mentioned a newly formed hardware team that is currently focused on collecting data for 3D.
But in the future, they said they may enter the realm of personal computing
A device that enables anyone to organize… pic.twitter.com/LyH0DQtxrc
