Mierul Aiman mahu bawa sinema tempatan ke persada dunia

EntertainmentLifestyle
24 Nov 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mierul Aiman mahu bawa sinema tempatan ke persada dunia

PETALING JAYA: Bukan sekadar mahu mencipta nama sebagai pelakon, Mierul Aiman menyimpan impian besar untuk membawa sinema tempatan ke persada dunia.

Mierul atau nama sebenarnya, Muhammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata, filem bukan sekadar medium hiburan sebaliknya mempunyai peranan penting dalam mencerminkan identiti masyarakat dan menjadi warisan buat generasi akan datang.

“Ya, saya ingin membawa sinema kepada dunia.

“Filem bukan sekadar industri, bukan sekadar layar. Ia adalah akar yang mencengkam erat tanah ini.

“Ia tempat menyimpan siapa kita hari ini dan siapa yang kita tinggalkan untuk generasi selepas ini,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Dalam pada itu, Mierul turut meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tercalon dalam kategori Aktor Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-38.

Lebih manis, pencalonan tersebut menyaksikan dirinya bersaing dengan barisan pelakon yang menjadi idolanya sejak kecil.

Malah, pelakon Kudrat 1960: High Council itu turut mengakui hampir mengundi salah seorang daripada mereka sebelum menyedari namanya turut tersenarai dalam kategori berkenaan.

“Mereka ini ialah hero dari zaman saya kecil dulu. Tadi dah nak tekan undi dekat salah seorang.

“Nasib baik saya perasan, nama sendiri pun ada. Syukur dan teruja untuk dicalonkan di ABPBH Ke-38,” ujarnya.

The post Mierul Aiman mahu bawa sinema tempatan ke persada dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved