Mierul Aiman serah soal bayaran kepada pihak pengurusan

Entertainment
4 Sep 2026 • 10:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mierul Aiman serah soal bayaran kepada pihak pengurusan

KUALA LUMPUR – Pelakon Mierul Aiman memilih untuk memberikan kepercayaan penuh kepada pihak pengurusannya dalam mengendalikan urusan perniagaan serta penetapan bayaran (rate card) lakonan.

Mierul atau nama lengkapnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 27, menganggap struktur pengurusan adalah tunjang penting bagi seorang anak seni untuk terus kekal fokus terhadap kualiti persembahan tanpa perlu terbeban dengan perbincangan nilai kewangan.

“Saya percaya pihak pengurusan merupakan struktur penting dalam bisnes hiburan ini.

“Saya ada pengurusan yang menguruskan bahagian-bahagian perniagaan (bayaran), sekali gus membantu menjadi orang tengah dalam teknik pemasaran.

“Jadi saya hanya perlu fokus untuk bekerja (berlakon) dan terus berkarya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan episod pertama KUDRAT 1968: High Council, semalam.

Pada masa sama, juara program Hero Remaja 2021/2022 itu lebih selesa meletakkan keutamaan terhadap aspek lakonan serta kempen penjenamaan, manakala rundingan angka seratus peratus diserahkan kepada pihak yang bertauliah.

“Saya rasa lebih baik pihak pengurusan yang berbincang soal bayaran kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai anak seni.

“Saya lebih memberi keutamaan dalam bahagian lakonan atau kempen penjenamaan, selebihnya saya serahkan kepada pihak pengurusan,” ujarnya.

Disoal sama ada dia menyerahkan 100 peratus kepada pengurusan, Mierul memaklumkan keputusan diambil selepas perbincangan dengan kedua-dua pihak.

“Saya serahkan segala perbincangan dan satu kata putus menentukan segalanya (jumlah bayaran).

“Macam mana sekali pun saya percaya semua perbincangan itu akan dipersetujui kedua belah pihak tanpa tanpa melibatkan isu peribadi,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Nam Ron berkongsi cerita tentang pelakon baharu didakwa meminta bayaran RM100,000 untuk penglibatan dalam sebuah filem.

Menurut Nam Ron, adalah sukar untuk seseorang pelakon menerima bayaran setinggi itu bagi kemunculan sulung dalam filem, meskipun individu berkenaan sudah mempunyai pengalaman bertapak menerusi drama televisyen. – KOSMO! ONLINE

The post Mierul Aiman serah soal bayaran kepada pihak pengurusan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved