Malaysian International Food and Beverage Trade Fair 2026 atau MIFB 2026 bakal menjadi antara acara utama yang wajar diberi perhatian oleh pemain industri makanan dan minuman tahun ini.
Acara ini bukan sekadar ruang untuk melihat produk baharu, malah menjadi platform penting untuk mencari pembekal, teknologi, idea perniagaan serta peluang kerjasama dalam industri F&B.
MIFB 2026 dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre. Lebih menarik, MIFB 2026 bakal menghimpunkan lebih 520 jenama F&B, dengan penyertaan melibatkan lebih 85 negara serta jangkaan lebih 13,000 pengunjung perdagangan.
Rexy Lum Apa yang menjadikan MIFB 2026 lebih menarik, pengunjung boleh mengakses tiga acara serentak hanya dengan satu pas perdagangan percuma. Tiga acara tersebut ialah MIFB, Malaysia Cafe Expo dan MyFoodTech Exhibition.
Dengan keluasan pameran lebih 15,000 meter persegi, acara ini dilihat sebagai medan penting buat pemilik restoran, kafe, kilang makanan, rangkaian runcit serta pengimport untuk meneroka peluang baharu dalam industri makanan dan minuman.
Bagi pemilik kafe, mereka berpeluang membandingkan pembekal kopi, sistem jualan dan solusi pembungkusan. Sementara itu, pengeluar makanan pula boleh bertemu pembekal bahan serta vendor teknologi pemprosesan dalam satu lokasi yang sama.
MIFB 2026 turut memberi tumpuan kepada kategori yang semakin mendapat permintaan seperti Ready-to-Eat, Ready-to-Cook dan Ready-to-Drink, selari dengan trend pengguna masa kini yang mahukan makanan lebih cepat, mudah dan praktikal.

Selain pameran, acara ini juga membawakan sesi perkongsian melalui MIFB Knowledge Hub. Antara topik yang akan diketengahkan termasuk penggunaan AI, data operasi, strategi membina jenama, francais, pelesenan serta peluang eksport.
Satu lagi tumpuan besar ialah peluang dalam pasaran halal global yang bernilai US$7 trilion. Perkara ini dilihat mampu membuka ruang penting kepada jenama tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Dalam Malaysia Cafe Expo pula, Malaysia National Coffee Championship bakal menjadi pentas untuk mencari barista terbaik negara. Dua nama yang pernah mencipta kejayaan di pentas dunia juga dijadualkan kembali pada 17 Julai 2026.
MIFB 2026 turut menampilkan beberapa program lain seperti MIFB Connect, Buyer Programme, Launchpad, ChefTable, Talk dan HalalHub. Kesemua program ini memberi peluang kepada pemain industri untuk membina rangkaian, mencari pembeli, mendapatkan panduan halal serta melihat sendiri potensi produk di pasaran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ingatkan KFC Favourite Je Sedap, Rupanya Lepas Buat Test Ni, Memang…
The post MIFB 2026 Bakal Jadi Tumpuan Industri F&B, Lebih 520 Jenama Sertai Acara Mega Berlangsung Di KLCC 15-17 Julai Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




