MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

22 Jul 2024 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.

Jelas bintang filem Sheriff itu, peluang yang jarang diperoleh itu diterimanya dengan bangga.

"Alhamdulillah saya pun tidak sangka diberi peluang kali pertama oleh Miffest 2024 untuk menjadi juri.

"Saya mengambil peluang ini begitu serius tapi saya dapatlah belajar serba sedikit tentang filem-filem luar, filem festival dan rakan-rakan artis yang sudah pun mendapat pengalaman yang macam ini.


"Bagi saya ini merupakan kali pertama saya menjadi juri, jadi Alhamdulillah. Saya pun turut gembira bila tengok rakan-rakan artis menyambut karya seni dengan penuh kegembiraan," katanya kepada Gempak.
 



 

"Apa topik yang dibincang dan diangkat dalam setiap filem mempunyai identiti masing-masing. Susah juga sebab semuanya hebat dan menarik," tambahnya.


Duduk bersama di bangku juri untuk MIFFest 2024 ialah karyawan dari negara-negara luar termasuk India (Suhasini Maniratnam), Hong Kong (Felix Chong), China (Zhang Xianmin) dan Thailand (Kong Rithdee).

MIFFest 2024 menjemput semua peminat filem, professional industri dan pencinta sinema untuk menyertai perjalanan sinematik yang luar biasa dari 21 sehingga 28 Julai 2024.

Tahun ini, MIFFest yang diperbaharui dan disegarkan akan dibentangkan, menjanjikan pengalaman yang  tidak dilupakan.

Mengangkat tema “Uncaged”, sebanyak 50 filem dari 30 negara dalam 35 bahasa dipertandingkan.

Antaranya In The Land of Brothers, Hood Witch, Evil Does Not Exist, Sujo, Elegies, Muallaf, Forest Killer, Rapture, Serambi, Thelma, Abang Adik dan banyak lagi.

Bermula hari ini, peminat filem boleh menikmati pelbagai tawaran filem di GSC MyTown dan GSC LaLaport BBCC.

View Original Article