MIHAS 2026 buka mata pengunjung terhadap pelbagai produk halal

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MIHAS 2026 buka mata pengunjung terhadap pelbagai produk halal

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 bukan sahaja menjadi platform pemain industri halal, malah memberi peluang kepada pengunjung meneroka pelbagai produk dan perkhidmatan yang mematuhi piawaian halal.

Bagi pengunjung kali pertama, Adriana Batrisyia Mohmad Telmezi, 27, berkata keterujaannya hadir ke MIHAS didorong minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk halal yang terdapat di pasaran.

Image from: MIHAS 2026 buka mata pengunjung terhadap pelbagai produk halal
Pengunjung Adriana Batrisyia Mohmad Telmezi, 27, bercakap kepada Media Selangor ketika Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 23 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Saya datang sejak jam 10 pagi dan banyak perkara menarik yang saya jumpa, termasuk produk yang kita sangka tidak halal tetapi sebenarnya mempunyai status halal.

“Sebagai orang Islam, penting untuk kita mengetahui status sesuatu produk yang digunakan,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, Nurul Fatihah Zulkarnain, 25, berkata lokasi MIHAS yang berdekatan dengan pejabatnya mendorong beliau mengambil kesempatan untuk berkunjung dan mencuba pengalaman baharu.

Image from: MIHAS 2026 buka mata pengunjung terhadap pelbagai produk halal
Pengunjung Nurul Fatihah Zulkarnain, 25, bercakap kepada Media Selangor ketika Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 23 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, China Pavilion antara tarikan yang menarik perhatiannya kerana terdapat pelbagai produk dari negara berkenaan yang disahkan halal.

“Saya tidak sangka banyak produk mereka sebenarnya halal. Memang sangat menarik dan saya sudah menghabiskan lebih dua jam di sini,” katanya.

Bagi Umar Alfarouq Jaafar Shidek, 28, yang sudah beberapa kali mengunjungi MIHAS, pameran berkenaan merupakan acara yang tidak mahu dilepaskan, khususnya bagi melihat perkembangan produk halal.

Katanya, produk makanan dan minuman (F&B) antara yang paling menarik perhatiannya pada penganjuran kali ini.

Image from: MIHAS 2026 buka mata pengunjung terhadap pelbagai produk halal
Pengunjung Umar Alfarouq Jaafar Shidek, 28, bercakap kepada Media Selangor ketika Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 23 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Acara seperti ini penting kerana dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga untuk mendapatkan sijil halal, selain membantu pengunjung mengetahui lebih banyak produk halal yang terdapat di pasaran,” katanya.

MIHAS ke-22 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 23 hingga 26 September dengan penyertaan 1,700 syarikat dan 2,400 reruai serta dijangka menarik 50,000 pengunjung dari 45 negara.

Acara itu dianjurkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta diselaras oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved