Miki Berjaya Rangkul Pingat Emas Di IFMA 2025

19 Sep 2025 • 9:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Miki Berjaya Rangkul Pingat Emas Di IFMA 2025

Atlet muda Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Miki berjaya meraih pingat emas dalam Kejuaraan Remaja Dunia Persatuan Persekutuan Muay Thai Antarabangsa (IFMA) 2025 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Memetik laporan Berita RTM, Miki berjaya menundukkan seterunya dari Australia, Lincoln Davis dalam perlawanan pada malam tadi.

Atlet berusia 16 tahun itu beraksi cemerlang dalam kategori junior 15-16 tahun lelaki bawah 63.5 kilogram.

Selepas Miki mendahului dengan mata 20-18, perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil pada pusingan ketiga kerana faktor keselamatan.

Kemenangan ini memberikan kegembiraan kepada Miki kerana sebelum ini dia tersingkir di suku akhir kategori junior 16-17 lelaki bawah 60 kilogram.

Sumber: Berita RTM