“Miliki badan cantik satu pencapaian” – Ikmal Amry ‘Back Up’ Kawan-kawan Dalam Challo Run

Entertainment
15 Nov 2024 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, di media sosial tular beberapa video memaparkan selebriti muda seperti Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Ikmal Amry, Meerqeen serta ramai lagi menyertai kelab sukan Challo.

Meskipun ia sesuatu bentuk riadah yang sihat, namun terdapat kecaman dari netizen kerana selebriti muda ini sering membuka baju ketika melakukan larian.

@bena1i

Let’s join us every Sunday 7am! You can run or walk or ride with us. Open for everyone to join. See you guys there! For more info follow Challo Run IG page. #challorun

♬ Escobar – Percius

Pun begitu, Ikmal Amry menerusi Harian Metro berkata ragam rakan-rakannya dalam kelab sukan Challo yang kerap kali menayang badan ketika beriadah itu sekadar ingin berkongsi pencapaian mereka selepas berjaya mendapatkan bentuk badan idaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Biasalah, kalau ada badan yang cantik, mesti rasa nak tunjuk. Perasaan membuak mahu tunjuk itu ada. Dulu, sewaktu saya berusia 24 tahun pun, ada badan cantik dan tunjuk di Instagram setiap hari.

Bagi saya, memiliki badan yang cantik adalah satu pencapaian. Buat badan sangat susah, perlu disiplin yang tinggi termasuk jaga pemakanan serta memakan masa.

Saya ambil contoh situasi, jika kita belajar dan berjaya mesti mahu tunjuk atau kongsikan dengan orang. Sama juga situasi dengan buat badan.

Sebelum badan mereka tak siap, pernah nampak mereka tunjuk? Tidak. Tapi, mereka bekerja keras untuk dapatkan badan sedemikian dan mahu menghargai usaha mereka sendiri,” katanya.

Pelakon drama From Saga With Love itu bagaimanapun tidak menghalalkan sesuatu yang salah terutamanya di sisi agama apabila ditanya berkenaan aurat rakan-rakannya itu.

Sebelum ini, banyak reaksi negatif netizen di media sosial yang kurang senang dengan tindakan anggota kelab itu yang gemar berlari tanpa memakai baju.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.