
Menurut Our World in Data, purata ketinggian bagi lelaki di dunia ini ialah 176.5 cm manakala purata ketinggian bagi wanita pula ialah 163 cm.
Namun, seorang wanita dari Istanbul, Turki ini pula telah diiktiraf sebagai wanita tertinggi di dunia oleh Guiness Book of World Records selepas memiliki ketinggian tujuh kaki atau 213.36 cm.
Memetik laporan Mirror, Rumeysa Gelgi yang berusia 25 tahun itu baru-baru tular setelah terpaksa baring di dalam pesawat ketika dalam penerbangan selama 13 jam dari Turki ke San Francisco, Amerika Syarikat.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama wanita tersebut menaiki kapal terbang dan syarikat penerbangan Turkish Airlines telah berbesar hati menukarkan enam buah tempat duduk dalam pesawat menjadi stretcher untuk memudahkan Rumeysa baring sepanjang penerbangan.
Ini kerana ketinggiannya yang luar biasa menyukarkannya untuk duduk seperti biasa di atas kerusi pesawat.

Wanita ini juga selalunya bergerak menggunakan kerusi roda kerana dia turut menghidap sindrom Weaver, iaitu sejenis penyakit genetik yang menyebabkan tulangnya bertumbuh dengan berlebihan.
Rumeysa kemudiannya berkongsi tentang pengalaman tersebut menerusi Instagram peribadinya.
Difahamkan, dia ke Amerika Syarikat dan bakal berada di situ selama enam bulan untuk berkolaborasi bersama Guinness World Records.
Sumber: Mirror
Baca: Dengan Ketinggian 221 cm Pada Usia 14 Tahun, Remaja Ini Bakal Bergelar ‘Remaja Tertinggi Dunia’
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



