Miliki peluru: Lelaki didenda

LocalPolitics
23 May 2025 • 4:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki didenda RM6,500 atau dua tahun penjara jika gagal membayar denda kerana memiliki enam butir peluru tanpa lesen.

Ardi Mat Tahir, 41, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin kerana memiliki peluru tanpa permit di sebuah rumah di Lorong Semarak 14, Taman Semarak Jalan Kuhara, di sini, jam 1.30 petang, 15 Mei lalu.

Peluru itu ditemui di dalam sebuah kabinet plastik di ruang tamu rumah berkenaan. Ardi didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Semasa mitigasi, Ardi yang ditahan ketika serbuan “Operasi Laras”, memohon hukuman diringankan kepada penjara tujuh hari memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Dia turut mendakwa peluru itu ditemui ketika sedang membersihkan sebuah rumah di PPR Sri Titingan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Jeffrey Kadison.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Ardi turut didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Armscor berkaliber .45, nombor siri 818303 tanpa lesen yang turut ditemui dalam kabinet plastik sama di ruang tamu rumah terbabit.

Dia juga berdepan satu lagi pertuduhan kerana memiliki sebilah pedang samurai tanpa permit.

Ardi didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam melakukan pendakwaan manakala Ardi diwakili peguam Abdul Gani Zelika.

Terdahulu, Shearil membantah ikat jaminan memandangkan kesalahan itu bersifat tidak boleh dijamin. Bagaimanapun, beliau menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan sekiranya mahkamah membenarkannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Faizadh Yahaya kemudiannya membenarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan (jumlah keseluruhan RM30,000) dengan dua penjamin tempatan serta beberapa syarat jaminan.

Syarat-syarat itu termasuk Ardi perlu melapor diri ke balai polis dua kali sebulan tanpa gagal, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah (jika ada), dan wajib hadir setiap sebutan atau perbicaraan mahkamah atau apabila diarahkan.

Kes akan disebut semula pada 18 Jun.