Mimpi indah jadi nyata! Ameera Khan syukur Jefri Nichol lelaki idaman, matang & penyabar

EntertainmentLifestyle
29 Jul 2025 • 3:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Ameera Khan,23, meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki pasangan lelaki yang memenuhi ciri idaman akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi satu hantaran di Instagram pempengaruh yang juga adik kepada selebriti, Neelofa dilihat memuat naik video pendek bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

image is not available

Dalam hantaran itu, Ameera menyatakan bahawa beliau kini bersama seorang lelaki yang penyabar, matang secara emosi, maskulin, setia, dan bersifat pelindung.

Mimpi indah saya jadi kenyataan, Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen video tersebut.

image is not available

Ameera Khan syukur Jefri Nichol lelaki idaman

Dalam video berkenaan, turut tertera tulisan menyenaraikan ciri-ciri lelaki idaman seperti berorientasikan keluarga, boleh diharapkan dan setia, manakala satu lagi paparan menyebut: “Awak memang lelaki idaman saya.”

Sebelum ini, hubungan antara Ameera dan Jefri sering menjadi perhatian netizen susulan perkongsian momen mesra mereka di media sosial.

image is not available

Hantaran terbaharu itu sekali lagi menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Sumber: IG littlemisskhan