Minah Saleh Bongkar ‘Kenyataan’ Tinggal Di Malaysia 

31 Dec 2025 • 10:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Minah Saleh Bongkar ‘Kenyataan’ Tinggal Di Malaysia 

Tak dinafikan, Malaysia kini semakin mendapat perhatian dunia. Bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang indah dengan kepelbagaian budaya, makanan unik serta masyarakat yang mesra.

Malah, negara ini juga semakin menjadi pilihan warga asing untuk bekerja, melanjutkan pelajaran dan membina kehidupan baharu.

Bagi sebahagian daripada mereka, Malaysia bukan sekadar tempat persinggahan sementara. Sebaliknya, berubah menjadi ‘rumah kedua’ yang memberikan rasa tenang serta peluang untuk mengenali diri sendiri.

Inilah pengalaman yang dikongsikan oleh seorang pelajar antarabangsa yang kini sudah hampir setahun menetap di Malaysia.

Kisahnya tular menerusi sebuah video di TikTok yang memaparkan ‘perjalanannya’ sejak pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini sehingga ke hari ini.

“Saya hampir tidak kenal diri saya…”

Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan, jelas bahawa pindah ke Malaysia benar-benar mengubah dirinya.

Jika dahulu wajahnya kelihatan penat, sedikit tertekan dan kurang bersemangat, kini dia tampak jauh lebih ceria, gembira dan ‘bersinar’.

Senyumannya kelihatan manis manakala riak wajahnya seolah-olah memaparkan semangat baru yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Pada 2 Januari 2026 nanti, genap setahun saya berpindah ke Malaysia. Bila saya tengok semula video lama, saya sendiri hampir tak kenal diri saya yang dulu (tapi dalam cara yang sangat baik).

“Tahun ini banyak mengajar saya tentang siapa diri saya, tentang kesabaran, perubahan dan belajar menerima perjalanan hidup seperti apa adanya. Saya sangat bersyukur untuk setiap pengalaman, setiap pengajaran dan setiap ‘versi diri’ yang saya lalui sepanjang tempoh ini.

“Terima kasih, Malaysia, untuk fasa hidup yang sangat bermakna ini. Saya tak sabar nak lihat apa yang akan datang selepas ini,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

@vetta.abroad

On January 2nd 2026, it’ll be one year since I moved to Malaysia. Watching this now, I barely recognize the person I was back then! (in the best way.)image is not available This year taught me so much about myself, about patience, change, and letting life unfold. I’m deeply grateful for every experience, every lesson, and every version of me along the way. Thank you, Malaysia, for this chapter.image is not available Can’t wait to see what the next one brings.image is not available #movingtomalaysia #internationalstudent #malaysia #livingabroad #glowup

♬ original sound – VETTA IN MALAYSIAimage is not available

Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai pengguna media sosial. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa gembira melihat perubahan positif yang dialaminya.

Ramai juga yang memuji wajahnya yang kelihatan lebih berseri dan bahagia sejak berada di Malaysia.

“Kamu nampak lebih bahagia dan makin berseri.”

“Kamu nampak lain, tapi dengan cara yang baik. Teruskan ya.”

“Nampak sangat berseri. Kadang-kadang pindah ke tempat baru memang bagus untuk kesihatan mental. Semoga kamu terus bahagia dan dilimpahi kasih sayang pada masa akan datang.”