Minat Tudung Fazura Sampai Koleksi Penuh, Nenek Terharu Dapat ‘Birthday Wish’ Daripada Idola – “I Love You Fazura..”

EntertainmentLifestyle
27 May 2025 • 2:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, layanan pelakon dan usahawan terkenal iaitu Fazura terhadap peminatnya telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi bahawa neneknya yang dikenali sebagai Cik Ton amat meminati Fazura malah memiliki pelbagai koleksi tudung dari jenama pelakon itu.

 

View on Threads

 

Nenek saya minat sangat dekat Fazura, kalau boleh semua collection (tudung) nak beli.

 

Masa birthday haritu nenek ada cakap ‘Fazura tak ada ke wish birthday nenek’.

Susulan itu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat membalas hantaran tersebut dengan ucapan hari lahir untuk peminatnya itu.

image is not available

Happy birthday to you Cik Ton. Semoga sentiasa dalam lindungan, rahmat serta dalam keberkatan Allah SWT.

 

Semoga sihat selalu dan mendapat keredaannya. Love you!

Tindakan pelakon itu membuatkan wanita berkenaan berasa sangat terharu dan berterima kasih kepadanya.

Terima kasih banyak-banyak bagi ucapan untuk saya. Saya doakan Fazura dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

 

Hari ini saya pakai tudung Fazura, jalan-jalan dekat Kuala Lumpur. I love you Fazura.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fazura kerana dia disifatkan sebagai seorang selebriti yang sangat peramah.

image is not available image is not available

image is not available 4 days ago

"Sangat Dreamy & Angelic" - Sesi 'Bonding' Bersama Fatima Jadi Tumpuan, Wajah Polos Fazura Dipuji Netizen