Minggu Literasi Media & Maklumat 2026, misi PNM didik rakyat lebih bijak tapis maklumat

LocalTechnology
25 Oct 2026 • 1:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkembangan teknologi digital telah mengubah cara masyarakat mendapatkan, menilai dan berkongsi maklumat dalam kehidupan seharian.

Perkukuh usaha budayakan literasi media & maklumat

Namun, kemudahan akses tersebut turut menuntut keupayaan literasi media dan maklumat yang lebih kukuh bagi memastikan masyarakat mampu mengenal pasti kesahihan maklumat serta berdepan cabaran penyebaran berita palsu dan penipuan dalam talian.

Sehubungan itu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkukuh usaha membudayakan literasi media dan maklumat menerusi pendekatan berterusan yang merangkumi peluasan program ke peringkat komuniti, pengukuhan kerjasama strategik serta pembangunan bahan pembelajaran yang mudah diakses oleh masyarakat.

Image from: Minggu Literasi Media & Maklumat 2026, misi PNM didik rakyat lebih bijak tapis maklumat

Usaha tersebut menjadi antara fokus Minggu Literasi Media dan Maklumat (MLMM) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober di PNM, Kuala Lumpur, termasuk pelancaran e-Buku Modul Literasi Maklumat bagi menyokong pembelajaran secara sistematik dan berperingkat.

Keperluan asas kehidupan moden

Ketua Pengarah PNM, Encik Edy Irwan bin Zulkafli berkata, literasi media dan maklumat semakin penting susulan ancaman penipuan dalam talian, penyebaran berita palsu serta manipulasi digital yang kian kompleks.

Beliau yang memetik laporan daripada berita menyatakan, sebanyak 66,204 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM2.97 bilion direkodkan sepanjang 2025, sekali gus menunjukkan keperluan untuk meningkatkan keupayaan masyarakat menilai maklumat secara kritis.

“Justeru, literasi media dan maklumat kini bukan lagi kemahiran tambahan, sebaliknya ialah keperluan asas kehidupan moden kita,” katanya dalam ucapan perasmian MLMM 2026.

Dalam pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa kadar penggunaan Internet dalam kalangan individu di Malaysia mencapai 98.3 peratus pada 2025, manakala 97.1 peratus isi rumah mempunyai akses Internet.

Walau bagaimanapun, kemudahan mengakses maklumat tidak semestinya menjamin keupayaan seseorang menilai kesahihannya.

Image from: Minggu Literasi Media & Maklumat 2026, misi PNM didik rakyat lebih bijak tapis maklumat

PNM lancar e-Buku Modul Literasi Maklumat

Bersempena program MLMM, PNM telah melancarkan e-Buku Modul Literasi Maklumat yang menyediakan bahan pembelajaran secara sistematik menerusi tiga tahap penguasaan, iaitu asas, pertengahan dan lanjutan, untuk dimanfaatkan oleh pelajar, pendidik, warga perpustakaan serta masyarakat umum.

“Apa yang lebih penting, e-Buku ini tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah penerbitan yang berakhir pada hari pelancarannya. Nilai sebenar modul ini terletak pada sejauh mana ia digunakan dan memberikan manfaat kepada masyarakat. Semoga modul ini menjadi pemangkin kepada budaya celik maklumat dan terus ditambah baik secara dinamik seiring dengan peredaran teknologi,” ujarnya lagi.

Image from: Minggu Literasi Media & Maklumat 2026, misi PNM didik rakyat lebih bijak tapis maklumat

Agenda NILA pastikan pembangunan literasi maklumat ada hala tuju

Selain itu, PNM bersama Jawatankuasa Pemandu Agenda Literasi Maklumat Negara membangunkan Agenda Literasi Maklumat Negara (NILA) bagi memastikan pembangunan literasi maklumat mempunyai hala tuju yang lebih tersusun dan berterusan.

Penganjuran ini selari dengan tema Global Media and Information Literacy Week 2026 anjuran UNESCO, iaitu “We All Play a Part – Media and Information Literacy for the People”, yang menekankan peranan bersama dalam membentuk masyarakat celik maklumat, beretika dan bertanggungjawab.

Image from: Minggu Literasi Media & Maklumat 2026, misi PNM didik rakyat lebih bijak tapis maklumat

MLMM 2026 menampilkan pelbagai bengkel, pertandingan, sesi bicara, pameran dan aktiviti interaktif berkaitan literasi digital, AI, kewangan, sains, bahasa serta warisan ilmu.

Image from: Minggu Literasi Media & Maklumat 2026, misi PNM didik rakyat lebih bijak tapis maklumat

Aspek keterangkuman turut diberi perhatian menerusi bengkel asas bahasa isyarat dan komunikasi inklusif, bengkel asas Braille serta pengisian berkaitan autisme bagi memperluas akses kepada ilmu untuk semua lapisan masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved