FWD dan JA SparktheDream perkasa pelajar dengan kemahiran literasi kewangan

LocalPersonal Finance
19 Oct 2026 • 7:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: FWD dan JA SparktheDream perkasa pelajar dengan kemahiran literasi kewangan

KUALA LUMPUR – FWD Malaysia (FWD) bekerjasama dengan JA Malaysia, sebuah perusahaan sosial untuk menganjurkan program literasi kewangan peringkat kebangsaan yang direka bagi membantu pelajar sekolah menengah membina pengetahuan dan keyakinan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

JA SparktheDream melibatkan 14 siri bengkel yang dijalankan di 14 buah sekolah menengah di Semenanjung, dengan penyertaan kira-kira 1,700 pelajar.

Sehingga 31 Ogos 2026, kesemua 14 bengkel telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, memberi manfaat kepada seramai 1,693 pelajar dengan sokongan sukarelawan daripada kalangan kakitangan FWD.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen jangka panjang FWD dalam membantu memperkukuhkan pengetahuan kewangan dan kemahiran hidup dalam kalangan generasi muda, sekali gus membina asas yang lebih kukuh ke arah kesejahteraan kewangan mereka pada masa hadapan.

Bengkel separuh hari itu dijalankan menerusi pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan, menggabungkan aktiviti praktikal, sesi perbincangan serta modul literasi kewangan yang dibangunkan oleh JA Malaysia.

Pelajar turut mengambil bahagian dalam papan permainan pendidikan yang memperkenalkan konsep kewangan penting dengan cara yang mudah difahami dan dekat dengan kehidupan seharian, sekali gus menggalakkan pembentukan tabiat kewangan yang positif sejak usia muda.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, Aman Chowla berkata, pihaknya percaya bahawa literasi kewangan merupakan kemahiran hidup yang penting, membantu individu membuat keputusan lebih bijak serta membina daya tahan kewangan yang lebih kukuh.

“Melalui kerjasama kami dengan JA Malaysia, kami membuka peluang kepada generasi muda untuk memperoleh pengetahuan praktikal dan keyakinan yang diperlukan dalam mengurus situasi kewangan harian.

“Dengan melabur dalam pendidikan kewangan hari ini, kami berharap dapat membantu melahirkan generasi yang lebih bersedia untuk merealisasikan aspirasi mereka dan membina masa depan yang lebih terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain pembelajaran di dalam bilik darjah, JA SparktheDream diperkukuh melalui penglibatan sukarelawan FWD yang membantu menjayakan aktiviti bengkel dan berinteraksi secara langsung dengan para pelajar. Penglibatan mereka mencerminkan komitmen FWD untuk memberi impak positif dan berkekalan kepada komuniti yang disantuni.

Sejak melaksanakan inisiatif literasi kewangan di Malaysia, FWD telah memberi manfaat kepada lebih 8,000 pelajar di seluruh negara dan menjangkakan jumlah tersebut akan melebihi 10,000 pelajar menjelang akhir tahun 2027.

Syarikat ini kekal komited untuk memperluaskan peluang mendapatkan pendidikan kewangan serta menyokong usaha meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan komuniti yang mempunyai akses terhad di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

 

The post FWD dan JA SparktheDream perkasa pelajar dengan kemahiran literasi kewangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved