Minimumkan risiko bah, Negeri Sembilan bekerjasama dengan Selangor, Pulau Pinang

20 Sep 2022 • 11:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 SEPT: Kerajaan Negeri Sembilan bekerjasama dengan Selangor dan Pulau Pinang sebagai langkah bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya telah berbincang dengan kerajaan dua negeri tersebut usaha yang perlu diambil untuk meminimumkan risiko banjir, lapor portal Berita Harian.

“Antara perkara yang telah diputuskan ialah menggantikan lokasi pusat pemindahan yang tidak sesuai kepada yang lebih sesuai dan selamat.

“Kita (Negeri Sembilan) juga akan bantu-membantu menghadapi bencana banjir secara bersama termasuk penyediaan keanggotaan sukarelawan serta aspek kebajikan mangsa banjir,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Wisma Negeri di sini, semalam.

Aminuddin berkata, rentetan peristiwa banjir besar yang berlaku pada akhir tahun lalu, memberi pengalaman berguna buat agensi dan jabatan berkaitan untuk membuat persiapan lebih rapi.

Beliau berharap, semua pihak untuk sentiasa bersedia dengan perancangan terbaik bagi menghadapi kesan akibat perubahan iklim agar kerosakan akibat bencana alam dapat diminimumkan.

“Perubahan iklim cabaran besar buat jabatan yang bertanggungjawab menguruskan alam sekitar seperti JPS ini.

“Akhir tahun lalu, kita dapat saksikan kawasan yang jarang dilanda banjir juga boleh digenangi air berikutan hujan yang terlampau lebat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved