Minneapolis Bandar Raya Pertama Di AS Benarkan Laungan Azan Lima Waktu

15 Apr 2023 • 11:48 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Majlis Bandaraya Minneapolis mengundi sebulat suara untuk membenarkan azan dilaungkan dari masjid walaupun terdapat peraturan semasa mengenai bunyi. - Gambar Google Streetview Tawfiq Islamic Center

WASHINGTON - Minneapolis menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara, lapor Agensi Anadolu.

Majlis Bandaraya Minneapolis mengundi sebulat suara 12-0 untuk membenarkan azan dilaungkan dari masjid walaupun terdapat peraturan semasa mengenai bunyi.

Bahagian kumpulan advokasi Muslim Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota berkata: "keputusan itu merupakan kemenangan bersejarah bagi kebebasan beragama dan pluralisme."

"Kami berterima kasih kepada ahli Majlis Bandaraya Minneapolis kerana menunjukkan contoh hebat dan kami menggesa bandar lain untuk turut sama mengikutinya," kata pengarah negeri CAIR, Jaylani Hussein, dalam satu kenyataan.

CAIR menggesa majlis untuk meluluskan langkah itu.

Tahun lepas, Minneapolis mengehadkan masa dan tahap bunyi azan boleh dilaungkan, menurut CBS News.

Azan kini dibenarkan dari 3.30 pagi hingga 11 malam.

Datuk Bandar Jacob Frey dijangka menandatangani keputusan itu bagi menjadikannya sebagai undang-undang dalam tempoh seminggu, menurut akhbar Minneapolis Star-Tribune. - Bernama/Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved