Minor Hotels Bekerjasama Dengan Google Cloud Untuk Membangunkan Platform Data dan AI

TechnologyBusiness & Finance
10 Apr 2026 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minor Hotels, syarikat pemilik disebalik hotel-hotel seperti Anantara Desaru Coast, Avani Sepang Goldcoast dan Avani Kota Kinabalu baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan beberapa syarikat teknologi global untuk membangunkan infrastruktur dan platform data dan kecerdasan buatan untuk rantaian hotel tersebut.

Mereka telah mengumumkan kerjasama bersama-sama Google Cloud, Salesforce, OneTrust dan Deloitte sebagai sebahagian daripada pelan modenisasi dan transformasi digital syarikat tersebut untuk mempercekapkan operasi dan pemasaran kesemua hotel-hotel dibawah payung Minor Hotels.

image is not available

Platform data dan AI tersebut kini sedang dibangunkan menggunakan tindanan teknologi seperti BigQuery dan Vertex Ai dari Google Cloud sebagai lapisan data dan kecerdasan yang membolehkan Minor Hotels untuk membolehkan data pelanggan diakses secara selamat dari mana-mana rantaian hotel dibawah Minor Hotels, tidak kira di negara mana sekalipun. Setakat ini, mereka mempunyai 640 buah hotel, pusat peranginan dan kediaman berjenama dan projek-projek lain yang sedang dibangunkan di 63 buah negara di seluruh dunia.

Minor Hotels juga menggunakan khidmat Salesforce untuk mengautomasikan proses pemasaran dan komunikasi dengan pelanggan menggunakan Agentforce Marketing dan Data 360 untuk mengintegrasi minat dan keutamaan pelanggan apabila mereka menempah bilik di hotel-hotel ini.

Khidmat OneTrust digunakan untuk memastikan data pelanggan sentiasa diuruskan secara selamat, khususnya apabila maklumat tersebut perlu diakses merentasi rantau-rantau yang berbeza, dan OneTrust ialah sebuah platform yang boleh memastikan bahawa undang-undang berkaitan data digital pelanggan sentiasa disimpan dan diakses dengan selamat tidak kira dimana ia diakses.

Platform digital baharu ini akan menyokong pembangunan keupayaan baharu yang dikuasakan kecerdasa buatan yang direka untuk meningkatkan keselesaan tetamu dan kecekapan operasi. Ejen perkhidmatan pintar akan membantu bahagian hubungan pelanggan dan pasukan hotel bertindak balas dengan lebih pantas terhadap permintaan tetamu, manakala alat penglibatan berkuasa AI akan menyokong interaksi peribadi dan cadangan yang lebih pintar untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik merentasi penginapan dan destinasi.