Intel Dan Google Mengumumkan Kerjasama Pembangunan Dan Penggunaan Cip Baharu

TechnologyBusiness & Finance
10 Apr 2026 • 4:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel dan Google baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama penggunaan cip pemprosesan Intel Xeon untuk infrastruktur pusat data Google dan juga kerjasama dari segi pembangunan kelas cip baharu yang dinamakan “Infrastructure Processing Unit” atau IPU.

Dengan termeterainya kerjasama ini, bahagian Google Cloud akan menggunakan cip pemprosesan Intel Xeon 6 untuk memperkasakan pelbagai mesin pelayan Google, termasuklah mesin pelayan C4 dan N4 yang bertanggungjawab untuk melatih sistem kecerdasan buatan, pemprosesan inferens dan juga penggunaan umum seperti storan awanan dan simpanan media.

Selain daripada itu, Google Cloud juga akan menggunakan cip pemprosesan Intel Xeon dari pelbagai generasi untuk mempercekapkan kemampuan pemprosesan data dan penggunaan tenaga, dimana tidak semua mesin pelayan Google memerlukan cip pemprosesan yang terbaru dan paling berkuasa daripada Intel.

image is not available

Intel dan Google juga sedang mengembangkan pembangunan bersama IPU berasaskan ASIC tersuai mereka. Pemecut boleh aturcara ini dijangka akan mengurangkan beban fungsi rangkaian, storan dan keselamatan daripada komponen CPU. meningkatkan penggunaan, meningkatkan kecekapan dan membolehkan prestasi yang lebih mudah diramal merentasi persekitaran AI.

IPU kini dilihat sebagai sebuah komponen penting dalam binaan pusat data moden, dimana ia mengendalikan tugas infrastruktur yang diuruskan secara tradisional oleh CPU. Komponen ini membuka kapasiti pengkomputeran yang lebih berkesan dan membolehkan penyedia awan berskala dengan lebih cekap tanpa meningkatkan kerumitan sistem secara keseluruhan.

Gabungan CPU dan IPU Xeon membentuk platform bersepadu yang mengimbangi pengkomputeran tujuan umum dengan pecutan infrastruktur yang dibina khas untuk memberikan sistem AI yang lebih cekap, fleksibel dan lebih mudah untuk diskala.