Minta Cadang Nama “Hashtag” Majlis Perkahwinan, Lain Pula Jadinya

24 Dec 2025 • 8:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Minta Cadang Nama “Hashtag” Majlis Perkahwinan, Lain Pula Jadinya

Merancang majlis perkahwinan sendiri sememangnya membuatkan hati menginginkan pelbagai perkara. Apatah lagi kemungkinan untuk berada di atas pelamin sebagai raja sehari cuma seumur hidup sekali.

Keterujaan merancang hari bahagia hadir bersama kreativiti dan harapan agar majlis menjadi kenangan terindah.

Daripada pemilihan tema sehingga perincian kecil, setiap keputusan dibuat dengan niat mencipta suasana bermakna buat pasangan, keluarga dan tetamu yang hadir meraikan cinta mereka.

Keterujaan yang sama turut dirasai seorang pengguna Thread @my.put yang menginginkan keistimewaan buat majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Minta Cadang “Hashtag” Majlis Perkahwinan

Berhasrat untuk memiliki tanda pagar (hashtag) tersendiri bagi majlis yang dinanti-nanti, gadis tersebut meminta cadangan daripada warga maya.

“Perlukan bantuan untuk dapatkan hashtag yang unik buat perkahwinan saya nanti.

“Nama saya, Puteri. Nama pasangan, Ikhwan. Tolonglah dah tiga hari fikir,” pinta gadis berkenaan.

image is not available
Kredit: Thread @my.put

Tidak disangka, permintaan tersebut menerima pelbagai reaksi. Kreativiti serta jenaka warga maya sememangnya tidak pernah mengecewakan.

image is not available
Thread @my.put
image is not available
Thread @my.put
image is not available
Thread @my.put
image is not available
Thread @my.put

Di ruangan komen, warga maya tak kering gusi membaca cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Serious komen-komen sini paling lawak. Nak baca semua tak larat nak gelak,” ujar warga maya.

“Tolonglah jangan tanya orang Malaysia,” kias seorang lagi.

“Terima kasih menceriakan hari saya. Harap boleh pilih hashtag yang terbaik,” ucap yang lain.

BACA: Tiga Hari Berteduh Dalam Kereta, Sekeluarga Kini Dipindahkan Ke Penginapan Sementara

BACA: Ini Panduan Nak Pilih Aliran Pendidikan Yang Ada Kerjaya “High Demand” Pada Masa Hadapan

Sumber: Thread @my.put

The post Minta Cadang Nama “Hashtag” Majlis Perkahwinan, Lain Pula Jadinya appeared first on Siakap Keli.