‘Minta maaf ibu pegang sayang’ – Wan Maimunah sebak Aliff Syukri hulur bantuan

EntertainmentLifestyle
11 Sep 2025 • 10:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menghulurkan bantuan kepada pelakon veteran, Wan Maimunah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Ikhlas hulur bantuan

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff menghulurkan sedikit bantuan kepada aktres lagenda itu dan meminta mendoakannya agar sentiasa sukses dalam perniagaan.

image is not available

“Terima kasih ibu banyak bantu saya (Wan Maimunah), yang shooting duit lain ini duit raya.

“Saya tak minta banyak, cuma ibu doakan saya berniaga semakin maju, jujurnya saya tak senang mana tapi saya cuba untuk berusaha juga. Semoga jeruk-jeruk saya laku, ibu jangan nangis tau,” kata Aliff, semalam.

Dalam pada itu, Wan Maimunah yang tidak dapat menahan sebak meluahkan rasa syukur dan sempat menitipkan beberapa pesanan penuh bermakna buat usahawan tersebut.

image is not available

“Alhamdulillah, terima kasih. Kena ingat selalu setiap yang baik, pasti kebaikan juga Allah yang balas itu dia kejujuran dan keikhlasan kita hanya Allah je yang tahu.

“Terima kasih banyak sayang, minta maaf ibu pegang. Insya-Allah bukan hanya jeruk tapi segala-galanya setiap kebaikan pasti Allah membalasnya.

“Ibu tak dapat untuk membalasnya tapi ibu mampu mendoakan mungkin ibu tak sebut nama anak-anak syurga ibu, anak dunia akhirat ibu, ibu tak cakap awak anak angkat tau,” ucap Wan Maimunah sambil menangis.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat keikhlasan Aliff bersama Wan Maimunah dan mendoakan agar usahawan itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Malah ada juga wargamaya meluahkan rasa rindu tehadap ibu setelah kehilangan sosok penting itu serta meninggalkan pesanan untuk sentiasa menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.

Doa ibu tiada hijab

image is not available

Hargai ibu selagi ada

image is not available

Walaupun tua tetap tak boleh sentuh

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 764,000 tontonan dan meraih lebih 48,000 tanda suka.

Sumber: TikTok papalarisofficial